Persidangan Khas Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PJPMPP)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, telah berlangsungya Persidangan Khas bagi pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2023 di Dewan Jemaah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Persidangan ini adalah pertama kali diadakan bertujuan untuk (1) memilih dan melantik panel-panel yang akan menemuduga calon-calon bagi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) dan (2) membentang dan membahas calon-calon yang dipilih untuk diabsahkan sebelum nama-nama tersebut dibawa kepada Dato' Naib Canselor UTHM bagi penubuhan JPMPP sesi 2023/2024.
Sekian.
daripada Majlis Pelaksana Dewan Perwakilan Mahasiswa UTHM