Pejabat Yang di-Pertua bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa dianggotai oleh Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsinya sepertimana yang termaktub dibawah Peraturan Tetap Dewan Perwakilan Mahasiswa.
Ahli Pejabat Yang di-Pertua
MUHAMMAD LUQMAN BIN SABRI
Yang di-Pertua
Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Eletronik) Dengan Kepujian (BBA) , Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV)
MUHAMMAD ZAIM ASSYAWAL BIN JAHANGIR
Timbalan Yang di-Pertua
Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengeluaran & Operasi) Dengan Kepujian (BPB) , Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan (FPTP)
Peranan Pejabat Yang di-Pertua
Yang di-Pertua
Fungsi-fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah:-
bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar
memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Perwakilan Mahasiswa
membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan Tetap Dewan Perwakilan Mahasiswa sekiranya berlaku pertikaian.
Timbalan Yang di-Pertua
Fungsi-fungsi Timbalan Yang di-Pertua secara amnya adalah:-
membantu Yang di-Pertua Dewan Perwakilan Mahasiswa dalam apa jua urusan rasmi Dewan Perwakilan
mempengerusikan persidangan secara semasa ketiadaan Yang di-Pertua Dewan Perwakilan Mahasiswa.