Skip to main content

Pengenalan

DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA

Pengenalan

Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) merujuk kepada satu badan legislatif yang menghimpunkan perwakilan mahasiswa dari seluruh badan kepimpinan mahasiswa untuk berbincang dan berbahas mengenai dasar atau isu-isu semasa mahasiswa demi kepentingan dan kesejahteraa mahasiswa.

Sejarah Penubuhan

Dewan Perwakilan Mahasiswa yang dahulunya dikenali sebagai Parlimen Mahasiswa telah dijalankan pada 2019 oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang pada ketika itu Parlimen Mahasiswa hanya bersifat program anjuran MPP. Persidangan Parlimen Mahasiswa diadakan 1 tahun bagi setiap edisi iaitu Edisi Pertama pada 2019, Edisi Kedua pada 2020 dan Edisi Ketiga pada 2022.

Pada Julai 2023, Parlimen Mahasiswa dijenamakan semula kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa dan diangkat sebagai salah satu badan bebas dan berkecuali selaras dengan hasrat universiti dalam mendukung keterlibahan mahasiswa dalam pengurusan bersama. Majlis Pelaksana Dewan Perwakilan Mahasiswa diangkat sebagai suatu badan yang berperan dalam menjalankan persidangan berdasarkan peruntukan yang ada dalam memastikan perjalanan persidangan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa kacau ganggu dari mana-mana pihak.

Dewan Perwakilan Mahasiswa dengan peruntukan yang ada kekal berdedikasi dalam mewakil mahasiswa bagi menjaga dan melindungi kepentingan dan kebajikan mahasiswa. Segala perkara dibincang dan dibahas sesama ahli perwakilan dalam mencari solusi terhadap isu-isu semasa dan hak-hak mahasiswa untuk disyorkan kepada pihak pengurusan universiti.

Objektif

Objektif penubuhan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) secara amnya adalah :-
  • Mewakili Suara Pelajar: DPM mewakili dan menyuarakan kepentingan, keperluan, dan pandangan pelajar kepada pihak pentadbiran universiti. DPM berfungsi sebagai perantara antara pelajar dan pihak pengurusan untuk memastikan pelajar mendapat perkhidmatan dan fasiliti yang berkualiti.
  • Menyampaikan Maklum Balas dan Cadangan: DPM mempunyai tanggungjawab untuk mengumpulkan maklum balas daripada pelajar dan menyampaikannya kepada pihak pengurusan universiti. DPM juga boleh membuat cadangan untuk perubahan yang lebih baik dalam pengurusan universiti.
  • Menggalakkan Kebebasan Berfikir dan Perbincangan: DPM menggalakkan kebebasan berfikir dan perbincangan di kalangan pelajar. DPM akan memastikan bahawa pelajar mempunyai platform untuk menyuarakan pendapat mereka dan berdebat mengenai isu-isu berkaitan universiti.

Slogan

“Satu Tujuan, Satu Pencapaian“

Makna slogan membawa pesanan bahawa semua anggota Dewan Perwakilan hendaklah bekerjasama untuk mencapai satu tujuan bersama, yang akan menjadi satu pencapaian besar yang bermanfaat bagi semua mahasiswa. Ini menggambarkan kesatuan dan fokus bersama pada tujuan yang sama dalam mencapai kemajuan dan perubahan positif dalam lingkungan universiti.

Logo Dewan Perwakilan Mahasiswa

Penerangan Logo

Warna:
Biru: Mewakili rasa kepercayaan, kesetiaan, dan kecanggihan
Putih: Mewakili keterbukaan untuk mendengar pelbagai perspektif dan idea dari semua mahasiwa

Bulatan: Melambangkan perpaduan dan inklusiviti serta menekankan sifat kerjasama dalam kalangan mahasiswa

Perkataan "Dewan Perwakilan Mahasiswa UTHM":
Satu wadah untuk Perwakilan Mahasiswa UTHM menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam mewakili seluruh mahasiswa di UTHM.

Bunga Padi: Melambangakan pertumbuhan, kemakmuran, dan kepelbagaian budaya dalam mencipta persekitaran sokongan perkembangan akademik dan peribadi dalam kalangan pelajar yang berbilang budaya.

PTTA:
Melambangkan fokus Dewan Perwakilan Mahasiswa pada peningkatan pengetahuan dan pendidikan. Ia juga menekankan komitmen Dewan Perwakilan Mahasiswa dalam memastikan ketersediaan sumber daya yang mendukung keberhasilan akademik dan pengembangan peribadi mahasiswa.

Komposisi Dewan Perwakilan Mahasiswa

Dewan Perwakilan Mahasiswa terdiri daripada Majlis Pelaksana Dewan Perwakilan Mahasiswa, Pejabat Yang di-Pertua dan Ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa yang mempunyai peranannya tersendiri yang menjalankan fungsi-fungsi Dewan Perwakilan Mahasiswa demi kekal relevan dalam menjaga kepentingan dan hak-hak mahasiswa.